GEORGE TOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Zairil Khir Johari berkata kajian yang dijangka siap awal tahun depan itu akan memberi lebih banyak perincian terhadap projek LRT Pulau Pinang.
"Kita berharap kajian itu boleh memberi lebih maklumat berkenaan projek berkenaan," katanya.
Beliau menjawab soalan Gooi Hsiao Leung (PKR-Bukit Tengah) yang ingin tahu butiran dan skop terperinci projek LRT Pulau Pinang pada Persidangan DUN Pulau Pinang di sini hari ini.
Menurut Zairil projek berkenaan sedang dalam peringkat menunggu keputusan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi memuktamadkan kaedah pelaksanaan dan perincian teknikal, iaitu dari segi jajaran dan lokasi stesen LRT.
Beliau berkata perincian kos, kaedah pelaksanaan serta tarikh permulaan projek juga bergantung kepada keputusan pihak MOT.
Pihak kerajaan negeri, katanya komited untuk memperkasakan pengangkutan awam menerusi pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
"Justeru, pengumuman peruntukan bagi pelaksanaan Projek LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai oleh kerajaan Persekutuan sebanyak RM10 bilion adalah langkah pertama ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang dari segi liputan pengangkutan awam, perkhidmatan dan hubungan antara kawasan kejiranan serta menjadi pemangkin ekonomi negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Menurut Zairil, kajian yang dijangka siap awal tahun depan itu akan memberi lebih banyak perincian terhadap projek LRT Pulau Pinang. - Gambar fail/Pulau Pinang
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
Pelaksanaan LRT Pulau Pinang petanda baik bagi sektor pembinaan - Penyelidikan
Bank pelaburan itu mengekalkan saranan 'positif' bagi sektor pembinaan dengan projek itu dijangka memperkukuh kualiti pendapatan.
Gamuda dijangka raih kontrak RM8 hingga RM10 bilion bagi segmen pertama LRT Pulau Pinang
RHB Investment menganggarkan saiz kontrak segmen pertama Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang) yang bakal diraih Gamuda Bhd adalah antara RM8 bilion hingga RM10 bilion.
Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.
MRT Corp kaji bina LRT Pulau Pinang bawah tanah, laut - Chow
MRT Corp akan membuat kajian kebolehlaksanaan untuk melihat kesesuaian pembinaan projek itu di bawah tanah untuk jajaran yang terletak di tengah bandar serta bawah laut.
Fasa pertama projek LRT Pulau Pinang bermula hujung tahun ini - Loke
Pelaksanaan fasa pertama projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka akan dimulakan penghujung tahun ini.
MoF, MoT, agensi berkaitan akan bincang model pembiayaan LRT Pulau Pinang - Loke
Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan agensiberkaitan dijangka mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi membincangkan model pembiayaan projek LRT Pulau Pinang.
Projek LRT Komtar-Bayan Lepas antara projek wajib di Pulau Pinang - Ketua Menteri
Sekalipun sudah beberapa kali kerajaan Persekutuan tolak laksana LRT, kerajaan negeri tidak akan berputus asa kemuka permohonan.
LRT Pulau Pinang: "Dakwaan YB Bagan tidak benar sama sekali" - Tengku Zafrul
Keputusan Kementerian Kewangan untuk tidak meneruskan pinjaman daripada ADB bagi membiayai projek transit aliran ringan (LRT) Pulau Pinang yang berjumlah RM2 bilion selaras BNM.